Satu Warna

بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai ukhtiku ,
Acapkali ku memanggil nama itu ,
Nama yang sentiasa ku tulis di laman ini ,
Dan nama itu juga menjadi kepunyaan diriku ..

Untuk coretan kali ini ,
Kita samasama renung dengan Basirah ya ?

Satu kelompok yang selalu bertandang di hati ini ,
Yang selalu menekan butang lonceng hati ini ,
Dan ketika aku membuka pintu itu ,
Kelmarin , kelmarin dan kelmarin ,
Juga hari ini ,
Mereka bertanya soalan yang sama ,
Setiap hari ..

" Sudahkah dirimu jalankan amanah yang telah diberi oleh ALLAH ?? "
" Untuk menjadi seorang khalifah di bumi ALLAH ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang menghias dirinya hanya untuk suaminya ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang hanya kasih pada suaminya ?? "
" Untuk menjadi seorang ibu dan isteri kepada anakanakmu dan suamimu ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang menjaga kehormatannya ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang cantik didalamnya ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang tidak pernah lupa padaNYA ?? "

Sudahkah duhai diri ??

Aku tanya pada diriku , " Mampukah aku menjadi 'puteri agama' ??

'Mereka' menjawab soalan itu ,

" Ya ! Benar ! Dirimu tidak mampu menjadi wanita istimewa seperti Siti Khadijah iaitu isteri pertama Rasulullah yang mana Baginda selalu menyebut namanya dan menitiskan airmata ketika beliau hendak 'pergi' . Dirimu tidak mampu setabah Siti Asiah yang merupakan isteri kepada Firaun Laknatullah . Dirimu tidak mampu secantik Siti Fatimah yang mempunyai tinggi budi pekerti . Dirimu tidak mampu seromantik Siti 'Aishah yang sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah . Dirimu tidak mampu menjadi seorang ibu mithali seperti Siti Hajar yang sanggup berjuang mencari air untuk anaknya , Nabi Islamil . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Mariam iaitu seorang wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan maruah yang tinggi sehingga dipilih oleh ALLAH untuk mengandungkan Nabi Isa a.s . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Aminah yang berjaya mendidik Rasulullah menjadi insan mulia . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Muti'ah yang sanggup dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak baik dengan menggunakan tongkat . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Zubaidah yang sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat kerana ALLAH SWT . Tetapi ukhti , La Takhof ! Kerana dirimu mampu menjadi mar'ah solehah dengan menjadikan mereka sebagai tauladan  "

'Mereka' berkata lagi ,

" Tidak ada yang mustahil di bumi ini duhai ukhti dengan kehadiran satu warna yang akan mengubah corak hidupmu iaitu 'keinginan' ."

والسلام

No comments:

Post a Comment