بسم الله الرحمن الرحيم
Duhai ukhtiku ,
Acapkali ku memanggil nama itu ,
Nama yang sentiasa ku tulis di laman ini ,
Dan nama itu juga menjadi kepunyaan diriku ..
Untuk coretan kali ini ,
Kita samasama renung dengan Basirah ya ?
Satu kelompok yang selalu bertandang di hati ini ,
Yang selalu menekan butang lonceng hati ini ,
Dan ketika aku membuka pintu itu ,
Kelmarin , kelmarin dan kelmarin ,
Juga hari ini ,
Mereka bertanya soalan yang sama ,
Setiap hari ..
" Sudahkah dirimu jalankan amanah yang telah diberi oleh ALLAH ?? "" Untuk menjadi seorang khalifah di bumi ALLAH ?? "" Untuk menjadi seorang wanita yang menghias dirinya hanya untuk suaminya ?? "" Untuk menjadi seorang wanita yang hanya kasih pada suaminya ?? "" Untuk menjadi seorang ibu dan isteri kepada anakanakmu dan suamimu ?? "" Untuk menjadi seorang wanita yang menjaga kehormatannya ?? "" Untuk menjadi seorang wanita yang cantik didalamnya ?? "" Untuk menjadi seorang wanita yang tidak pernah lupa padaNYA ?? "
Sudahkah duhai diri ??
Aku tanya pada diriku , " Mampukah aku menjadi 'puteri agama' ??
'Mereka' menjawab soalan itu ,
" Ya ! Benar ! Dirimu tidak mampu menjadi wanita istimewa seperti Siti Khadijah iaitu isteri pertama Rasulullah yang mana Baginda selalu menyebut namanya dan menitiskan airmata ketika beliau hendak 'pergi' . Dirimu tidak mampu setabah Siti Asiah yang merupakan isteri kepada Firaun Laknatullah . Dirimu tidak mampu secantik Siti Fatimah yang mempunyai tinggi budi pekerti . Dirimu tidak mampu seromantik Siti 'Aishah yang sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah . Dirimu tidak mampu menjadi seorang ibu mithali seperti Siti Hajar yang sanggup berjuang mencari air untuk anaknya , Nabi Islamil . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Mariam iaitu seorang wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan maruah yang tinggi sehingga dipilih oleh ALLAH untuk mengandungkan Nabi Isa a.s . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Aminah yang berjaya mendidik Rasulullah menjadi insan mulia . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Muti'ah yang sanggup dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak baik dengan menggunakan tongkat . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Zubaidah yang sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat kerana ALLAH SWT . Tetapi ukhti , La Takhof ! Kerana dirimu mampu menjadi mar'ah solehah dengan menjadikan mereka sebagai tauladan "
'Mereka' berkata lagi ,
" Tidak ada yang mustahil di bumi ini duhai ukhti dengan kehadiran satu warna yang akan mengubah corak hidupmu iaitu 'keinginan' ."
والسلام