Istikharah Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

Disini ana titipkan buih-buih kata yang sudah lama membeku di hati ,
Dengan izin ALLAH ,
Alhamdulillah , tersurat jua akhirnya .

Ketika dirimu melangkah ke alam baru itu ,
Katakanlah pada dirimu " DIA adalah sebaik-baik tujuan " ,
Ya , DIAlah sebaik-baik tujuan ,
Jangan biarkan dirimu terbang ke'sana' ,
Takut bila dirimu tidak mampu terbang lagi ,
Dirimu akan jatuh kedalam jurang itu ,
Jurang yang penuh dengan bisa-bisa ,
Dan jurang yang mampu mengundang kemurkaanNYA .

" Janganlah kamu menghampiri zina "
[Surah Al-Isra' : Ayat 32]

Mungkin kehadiran'nya' dalam hidupmu selalu memukul pantai hatimu ,
Pasang surutnya pantai itu tergantung pada dirimu ,
Adakah mungkin seperti secebis kasih / sentuhan membuaikan rasa ?

Ana juga seorang remaja ,
Yang baru mahu melangkah ke alam imtihan ,
Ana juga menginginkan kasih dari seorang insan yang bergelar syabab ,
Tetapi , biarlah  DIA dulu yang bertakhta di hati ini ,
Dan semoga jika kehadiran 'seseorang' itu membuahkan ikatan yang sah ,
Biarlah PEMILIK HATI dan 'dia' yang sentiasa duduk di taman hati ini .

Hadits Riwayat Al-Bazaar dengan Sanad Hasan dari Abdullah bin Amr , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
" Siapa yang mencintai seseorang kerana ALLAH , kemudian seseorang yang dicintainya itu berkata , " Aku juga mencintaimu kerana ALLAH ," Maka keduanya akan masuk syurga . Orang yang lebih besar cintanya akan lebih tinggi derajatnya daripada yang lainnya . Ia akan digabungkan dengan orang-orang yang mencintai kerana ALLAH ."

Orang selalu kata ,
Cinta itu kejam , kan ?
Sebenarnya cinta itu tidak kejam ,
Ana sendiri akui ,
Tetapi manusialah yang tidak pandai menghargainya ,
Jika mereka tahu ,
Begitu hebatnya cinta kerana mampu membawa kita ke dalam dakapanNYA !

Andai sulaman cinta itu dalam perjalanan ,
Jangan biarkan ia begitu sahaja ,
Takut nanti ada yang mengusiknya ,
Jika koyak jahitlah ia dengan jarum istikharah ,
Tetapi jika masih tersulam cantik ,
Sulamilah lagi dengan sulaman tawaddu' ..

Semoga cinta yang hadir itu mampu membawa diri kita dekat padaNYA ..

والسلام

Kunci Buatmu


بسم الله الرحمن الرحيم

" Tak panas ke pakai tudung labuh ? Baju labuh ? Stoking lagi ? "
" Sekarangkan dah moden , pakailah yang moden sikit ! "
" Yang penting hati , luaran tak penting pun ! "
" Kau tu muda lagi , bila lagi nak rasa melawa ?? "
" Oiiii !! Ada minah mengandung !! Hahahahahahaha !! "
" Ketinggalan zamanlah kau ni ! "

Duhai ukhtiku ,
Janganlah di simpan kemas kata-kata itu dihatimu ,
Jangan pula di buang jauh dari fikiranmu ,
Takut ia akan memudarkan kemanisan itu ,
Tetapi jadikanlah ia satu jalan buatmu demi menggapai Mardatillah ,
Dan anggaplah ia satu tarbiyah dariNYA untukmu menuju ke gerbang itu .

Duhai ukhti ,
Untuk mencari Mardatillah ,
Bukan mudah seperti meneguk secawan air ,
Sebelum kita menggapai Mardatillah itu ,

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Ankabut : 2-3
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan  dibiarkan dengan hanya berkata : " Kami beriman " , sedang mereka tidak diuji ? Dan demi sesungguhnya ! KAMI telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka , maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang yang sebenar-benarnya beriman , dan nyata pula apa yang diketahuiNYA tentang orang-orang yang berdusta . "

Sentiasalah thabat di jalan ini ukhti !
Jangan biarkan 'mereka' sebagai penghalangmu !
Berkorbanlah demiNYA ,
Biar rasa pedih itu disini sahaja ,
Berjuanglah !
Agar dirimu mampu membawa syafa'at kepada ayahanda dan bondamu .
InshaALLAH ..

والسلام

Surat Lusuh

بسم الله الرحمن الرحيم


Senyumlah kerana hadirnya sekadar ingin menguji ..

" Orang yang bahagia , adalah orang yang apabila memperolehi ni'mat dia bersyukur , apabila memperolehi musibah dia bersabar , dan apabila dia berbuat dosa dia beristghfar "

Assalammu'alaykum w.b.t. ..


Duhai Mawar yang dirahmati ALLAH ,
Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara , pentas lakonan buat kita .
Dalam perjalanan hidup yang berliku ini , kita diuji dengan pelbagai dugaan .
Ujian yang diberikanNYA itu bertujuan untuk menilai bagaimana kita menghadapinya .
ALLAH Maha Mengetahui !
Mungkin ALLAH mengujimu kerana DIA tahu hati sepertimu lah yang mudah untuk dekat denganNYA .
ALLAH mengujimu kerna DIA menyayangimu .
Ada hikmah yang tersirat disebalik sesuatu yang berlaku .
Itulah yang pasti .


Tabahkan hatimu ,
Kuatkan semangatmu dalam arena perjuangan .
Berjuang untuk mendekatkan diri denganNYA .
Berjuang melawan hasutan dan godaan syaitan !


Duhai Mawarku ,
Ketuilah ,
ALLAH memberi ujian kepada kita adalah berdasarkan kemampuan kita .


" Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya , kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah . Apabila mereka tersalah , mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa , mereka menyesal dan memohon keampunan daripada ALLAH " 
" Dan apa sahaja ni'mat yang ada padamu dari ALLAH lah datangnya , dan apabila kamu ditimpa kemudaratan , maka , hanya padaNYAlah kamu meminta pertolongan ."
[An-Nahl : 53]


Salam Imtihan
والسلام

Mahkota Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

  • [STATUS] Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 

  • Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka :)
  • mmm.. Tudung labuh pun macam baik sngt. Buat dosa juga. Ngumapat orang sana-sini....
  • Bila iblis tak mahu ikut perintah ALLAH untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah ALLAH itu...... " Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia. " Samalah dengan tudung. Tudung pulak yang disalahkan. " Cuba renungkan dalam Surah An-Nur : Ayat 31
  • Mcmlah kau tu bagus sangat nak tegur2 aku! Entah2 kau dulu lagi jahat!
  • Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam unutk brdakwah kpd kaumnya.. Maksudnya, dakwah itu tuntutan... Selagi kamu Islam, dakwah itu wajib walaupun kamu sendiri tak betul.. Sekurang-kurangnya, dia insaf dan bertaubat sekarang :)
  • Biarpun kami berpakaian seksi, tapi hati kami baik!!!
  • Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci? Iman yang tinggi dan secara tidak langsung ia sudah cukup menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup 'aurat?
  • Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami!! Kalau tak suka tak payah tengok laa!!
  • Kamu berani jamin ke? Bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan Iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
  • Kami rasa apa yang kami pakai tak lah seksi mana pun.. Terpulanglah kepada individu yang memandang kami.. jadi kau ni apehal?? Sibuk nak mampus!!
  • Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya menayangkan Sehelai Rambut :)
  • Biarpun kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan berpuasa!! 
  • Apakah ibadat kamu akan diterima? Kamu yakin ke dengan hanya bersolat dan berpuasa akan menjamin kamu masuk syurga? 
  • Suka hati kamilah nak pakai macam mana pun!! Bukan kami susahkan orang!!
  • Kamu sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka bersama kamu disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu..
  • Kubur masing2 ok! 
  • Takut pula nanti kalau kubur kamu bersebelahan dengan kubur saya.. Kamu menjerit meminta tolong.. Time tu saya dah tak dapat nak tolong kamu.. Mungkin sekarang, kamu boleh cakap macam tu, tetapi nanti bila berhadapan dengan ALLAH, sanggup lagi kah? Renungkan :)
  • Hmmmmm .. Bukan kami tak nak tutup aurat.. Cuma belum lagi sampai seru..
  • Mati tidak mengenal usia :) esok2 pun kita boleh mati :)
  • Takkan lah nak buat perubahan secara drastik?? Slow-slow laa..
  • Boleh ke kamu cakap macam tu kat Malaikat Izrail nanti?? " tunggu kejap ! Lepak lah dulu ! Santai beb ! Jangan dulu kau cabut nyawa aku eh? " Boleh ke??
  • Tutup aurat tu memamng bagus tapi kami tak mahu jadi hipokrit krn tidak ikhlas melakukannya!
  • Kalau begitu, kamu sebenarnya memang hipokrit krn tidak ikhlas beragama Islam..
  • ...............
  • Sekadar renungan bersama :) 
" Hai anak Adam , sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk menutupi 'auratmu dan pakaian untuk perhiasan . Dan pakaian taqwa itulah yang lebih baik . Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH , mudah-mudahan mereka selalu ingat ." [Al-A'raaf : Ayat 26]

Ingatlah duhai Mawar yang dirahmati ALLAH ,
'Dia' tidak akan datang dengan mengetuk pintu rumahmu .

والسلام

Mawar Berduri

بسم الله الرحمن الرحيم

" Duhai wanita ,
Dirimu ibarat bunga ,
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara ,
Yang kekal menjadi pujaan manusia ,
Hanyalah wanita yang mulia akhlaknya ,
Kerana akhlak itu umpama bunga diri .

Ibarat bunga ,
Ada yang cantik dipandang ,
Tetapi busuk baunya ,
Ada pula yang tidak sedap di pandang ,
Tetapi harum baunya ,
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar ,
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati ,
Ternyata amat tinggi nilainya dari bunga-bunga yang lain "

والسلام

Carilah Ketenangan itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Hamba ALLAH ~> " .. Ukhti , sya trniat mhu pkai tdung lbuh , Bila tgk wanita2 lain yg brtudung lbuh , ht sya jd tenang.. Sjuk mata mmndang.. lagipun, bknkah pmakaian dpt mgubh sikap & tingkah laku?..huhu.. tp, sya tkut prubhn sya xdpt dtrma oleh kwn2.. dgn persekitaran skolh yg bgitu, bhsa arb pn sya tak ambil, lebih2 lg bkn dari skolh agma .."

Ukhti ,
Jika benar kata-kata ini yang pernah terkeluar ,
Terdetik dihatimu ,
Bersyukurlah padaNYA ,
Ukhtilah pilihan ALLAH !
Dekatlah terus denganNYA ,
InshaALLAH akan diberi perubahan yang lebih manis dari diri ukhti yang sekarang .

Na'am ukhti ,
Kadang-kadang kita merasa keadaan disekeliling kita tidak mengizinkan atau menjadi punca dari titik permulaan untuk kita pergi mencari redhaNYA ,
Tapi ukhti ,
Jangan anggap itu sebagai penghalang buat dirimu ,
Buang semua perasaan itu ,
Tanamkan dalam diri > kita bukan mencari pandangan mereka tetapi pandangan ALLAH terhadap kita < .
InshaALLAH , jika ia disematkan kemas didalam hati ,
semuanya akan manis ukhti .

Ana juga dulu begitu ,
Tetapi Alhamdulillah ,
ALLAH membawa ana ke jalanNYA melalui satu bulatan yang manis dan cukup indah iaitu USRAH .
Dibulatan itulah ana mengenal erti persahabatan ,
Ana mengenal apa itu ukhuwah ,
Dan dibulatan itu jugalah ana dapat rasa ,
Manisnya menyarungkan tudung yang sebesar itu di tubuh ana ,
SubhanALLAH !
Cukup-cukup indah !
Ana juga bukan dari sekolah agama ukhti tetapi hati ingin terus berada di jalanNYA dan meneruskan perjuangan inshaALLAH akan terus digenggam .
Semoga ukhti juga begitu .
Pilihlah mana satu yang ukhti rasa dapat mendamaikan hati dan jiwa ukhti ,
percayalah ,
ALLAH itu BIJAK MENGATUR LANGKAH .
Tidak pernah tersalah walau sedikit pun .
Itulah jalan yang terbaik buat ukhti .
Pandangan manusia hanya akan membinasakn diri kita tetapi pandangan ALLAH membawa kita menuju JannahNYA "

Ukhtiku ,
semoga kata-kata ini mampu membangkitkan semangatmu yang kian luhur itu untuk terus thabat di jalanNYA , Semoga dirimu sentiasa dalam redhaNYA ,

Salam Sayang Buatmu 
والسلام