Dimanakah lagi Cinta itu ?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Hawa ,
Pena ini dari hatiku ilham dariNYA ,
Jika ada bait-bait kata yang mengguris hatimu , Maafkan aku ..

Pena hati ini ,
Aku guna dengan berhati-hati ,
Takutnya rosak ,
Nak beli tak ada pula yang jual , kan ? 

Begitu juga dengan dirimu duhai Hawa ,
Mahar yang kau punya ,
Bila sudah dimiliki ,
Pastinya tidak akan dapat dimiliki untuk yang kedua kalinya .

Ya , aku tahu ,
Adam dan Hawa saling memerlukan ,
Ibarat bunga tanpa air ,
Pastinya bunga akan layu .

Sesungguhnya , tidaklah ALLAH menciptakan sesuatu dengan sia-sia . Setiap ciptaanNYA saling melengkapi . Kerna itulah kita memerlukan antara satu sama lain .

Kalian diciptakan untuk bersama ,
Perasaan yang hadir itu tanpa diundang ,
Kerna cinta itu fitrah ,
Sangat suci !

Tapi apa yang aku lihat hari ini ,
Kau manfaatkan fitrahnya cinta itu dengan satu fitnah ,
Kau kotorkan cinta yang suci itu dengan perbuatanmu ,
Kau semakin lari dariNYA ,
Kau seolaholah lupa dengan laranganNYA ,
Dan akhirnya kau sendiri juga yang menjemput kemurkaan ALLAH terhadapmu .

Hawa ,
Aku sendiri mengakuinya ,
Rupamu yang cantik mampu meruntuhkan iman kaum Adam ,
Dengan solekan yang kau tampal diwajahmu mampu meruntuhkan benteng mereka ,
Dengan pakaian 'neraka' yang kau sarungkan ditubuhmu sekali lagi kau hancurkan benteng yang mereka bina .

Cukuplah Hawa !
Bukankah dirimu lebih cantik jika mampu menjadi mar'ah solehah ??
Bukankah dirimu lebih cantik jika wajahmu disolekkan dengan solekan wudhuk ??
Bukankah dirimu lebih cantik jika menyarungkan pakaian 'syurga' yang akan menunjukkan siapa dirimu sebenar ??
Bukankah dirimu lebih cantik jika 'akal yang diberikan oleh ALLAH digunakan sebaik mungkin untuk membezakan mana yang baik dan yang buruk ??
Pastinya kaum Adam ingin memilikimu ,
Kerna akhlak yang kau miliki ,
Kerna mahkota yang kau jaga hanya untuk pendamping hidupmu.

Duhai Hawa ,
Manisnya jika kau manfaatkan benar-benar alam remajamu ,
Kerna dari situlah dirimu tahu hukum ALLAH ,
Dari situlah engkau membentuk dirimu menjadi mar'ah sejati yang akan kau bawa ke alam dewasa dan tua ,
Dari situlah kau akan merasakan manisnya iman yang melebihi segalanya !

Hawa ,
Maafkan aku untuk yang kesekian kalinya jika ada bait-bait kata yang mengguris hatimu , 
Menyalakan kemarahanmu ,
Bukan niatku untuk mengundang semua itu ,
Jangan pula kau sangka apa yang aku coretkan disini seolah-olah akulah yang terbaik ,
TIDAK Hawa ! TIDAK !
Aku juga seorang wanita yang masih mencaricari DIA yang SATU ,
Jika dirimu bertanya apakah aku sudah menjadi mar'ah solehah yang didambakan oleh 'mereka' ?
Jawapannya sungguh tidak layak diriku untuk berdampingan dengan mana-mana Syabab yang soleh ,
Tapi apa yang pasti ,
Aku akan terus setia untuk menagih cinta yang diredhai .

والسلام

Satu Warna

بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai ukhtiku ,
Acapkali ku memanggil nama itu ,
Nama yang sentiasa ku tulis di laman ini ,
Dan nama itu juga menjadi kepunyaan diriku ..

Untuk coretan kali ini ,
Kita samasama renung dengan Basirah ya ?

Satu kelompok yang selalu bertandang di hati ini ,
Yang selalu menekan butang lonceng hati ini ,
Dan ketika aku membuka pintu itu ,
Kelmarin , kelmarin dan kelmarin ,
Juga hari ini ,
Mereka bertanya soalan yang sama ,
Setiap hari ..

" Sudahkah dirimu jalankan amanah yang telah diberi oleh ALLAH ?? "
" Untuk menjadi seorang khalifah di bumi ALLAH ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang menghias dirinya hanya untuk suaminya ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang hanya kasih pada suaminya ?? "
" Untuk menjadi seorang ibu dan isteri kepada anakanakmu dan suamimu ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang menjaga kehormatannya ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang cantik didalamnya ?? "
" Untuk menjadi seorang wanita yang tidak pernah lupa padaNYA ?? "

Sudahkah duhai diri ??

Aku tanya pada diriku , " Mampukah aku menjadi 'puteri agama' ??

'Mereka' menjawab soalan itu ,

" Ya ! Benar ! Dirimu tidak mampu menjadi wanita istimewa seperti Siti Khadijah iaitu isteri pertama Rasulullah yang mana Baginda selalu menyebut namanya dan menitiskan airmata ketika beliau hendak 'pergi' . Dirimu tidak mampu setabah Siti Asiah yang merupakan isteri kepada Firaun Laknatullah . Dirimu tidak mampu secantik Siti Fatimah yang mempunyai tinggi budi pekerti . Dirimu tidak mampu seromantik Siti 'Aishah yang sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah . Dirimu tidak mampu menjadi seorang ibu mithali seperti Siti Hajar yang sanggup berjuang mencari air untuk anaknya , Nabi Islamil . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Mariam iaitu seorang wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan maruah yang tinggi sehingga dipilih oleh ALLAH untuk mengandungkan Nabi Isa a.s . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Aminah yang berjaya mendidik Rasulullah menjadi insan mulia . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Muti'ah yang sanggup dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak baik dengan menggunakan tongkat . Dirimu tidak mampu menjadi seperti Siti Zubaidah yang sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat kerana ALLAH SWT . Tetapi ukhti , La Takhof ! Kerana dirimu mampu menjadi mar'ah solehah dengan menjadikan mereka sebagai tauladan  "

'Mereka' berkata lagi ,

" Tidak ada yang mustahil di bumi ini duhai ukhti dengan kehadiran satu warna yang akan mengubah corak hidupmu iaitu 'keinginan' ."

والسلام