Surat Lusuh

بسم الله الرحمن الرحيم


Senyumlah kerana hadirnya sekadar ingin menguji ..

" Orang yang bahagia , adalah orang yang apabila memperolehi ni'mat dia bersyukur , apabila memperolehi musibah dia bersabar , dan apabila dia berbuat dosa dia beristghfar "

Assalammu'alaykum w.b.t. ..


Duhai Mawar yang dirahmati ALLAH ,
Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara , pentas lakonan buat kita .
Dalam perjalanan hidup yang berliku ini , kita diuji dengan pelbagai dugaan .
Ujian yang diberikanNYA itu bertujuan untuk menilai bagaimana kita menghadapinya .
ALLAH Maha Mengetahui !
Mungkin ALLAH mengujimu kerana DIA tahu hati sepertimu lah yang mudah untuk dekat denganNYA .
ALLAH mengujimu kerna DIA menyayangimu .
Ada hikmah yang tersirat disebalik sesuatu yang berlaku .
Itulah yang pasti .


Tabahkan hatimu ,
Kuatkan semangatmu dalam arena perjuangan .
Berjuang untuk mendekatkan diri denganNYA .
Berjuang melawan hasutan dan godaan syaitan !


Duhai Mawarku ,
Ketuilah ,
ALLAH memberi ujian kepada kita adalah berdasarkan kemampuan kita .


" Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya , kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah . Apabila mereka tersalah , mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa , mereka menyesal dan memohon keampunan daripada ALLAH " 
" Dan apa sahaja ni'mat yang ada padamu dari ALLAH lah datangnya , dan apabila kamu ditimpa kemudaratan , maka , hanya padaNYAlah kamu meminta pertolongan ."
[An-Nahl : 53]


Salam Imtihan
والسلام

Mahkota Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

  • [STATUS] Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 

  • Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka :)
  • mmm.. Tudung labuh pun macam baik sngt. Buat dosa juga. Ngumapat orang sana-sini....
  • Bila iblis tak mahu ikut perintah ALLAH untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah ALLAH itu...... " Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia. " Samalah dengan tudung. Tudung pulak yang disalahkan. " Cuba renungkan dalam Surah An-Nur : Ayat 31
  • Mcmlah kau tu bagus sangat nak tegur2 aku! Entah2 kau dulu lagi jahat!
  • Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam unutk brdakwah kpd kaumnya.. Maksudnya, dakwah itu tuntutan... Selagi kamu Islam, dakwah itu wajib walaupun kamu sendiri tak betul.. Sekurang-kurangnya, dia insaf dan bertaubat sekarang :)
  • Biarpun kami berpakaian seksi, tapi hati kami baik!!!
  • Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci? Iman yang tinggi dan secara tidak langsung ia sudah cukup menjamin maruah diri kamu tanpa perlu menutup 'aurat?
  • Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami!! Kalau tak suka tak payah tengok laa!!
  • Kamu berani jamin ke? Bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan Iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
  • Kami rasa apa yang kami pakai tak lah seksi mana pun.. Terpulanglah kepada individu yang memandang kami.. jadi kau ni apehal?? Sibuk nak mampus!!
  • Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya menayangkan Sehelai Rambut :)
  • Biarpun kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan berpuasa!! 
  • Apakah ibadat kamu akan diterima? Kamu yakin ke dengan hanya bersolat dan berpuasa akan menjamin kamu masuk syurga? 
  • Suka hati kamilah nak pakai macam mana pun!! Bukan kami susahkan orang!!
  • Kamu sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka bersama kamu disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu..
  • Kubur masing2 ok! 
  • Takut pula nanti kalau kubur kamu bersebelahan dengan kubur saya.. Kamu menjerit meminta tolong.. Time tu saya dah tak dapat nak tolong kamu.. Mungkin sekarang, kamu boleh cakap macam tu, tetapi nanti bila berhadapan dengan ALLAH, sanggup lagi kah? Renungkan :)
  • Hmmmmm .. Bukan kami tak nak tutup aurat.. Cuma belum lagi sampai seru..
  • Mati tidak mengenal usia :) esok2 pun kita boleh mati :)
  • Takkan lah nak buat perubahan secara drastik?? Slow-slow laa..
  • Boleh ke kamu cakap macam tu kat Malaikat Izrail nanti?? " tunggu kejap ! Lepak lah dulu ! Santai beb ! Jangan dulu kau cabut nyawa aku eh? " Boleh ke??
  • Tutup aurat tu memamng bagus tapi kami tak mahu jadi hipokrit krn tidak ikhlas melakukannya!
  • Kalau begitu, kamu sebenarnya memang hipokrit krn tidak ikhlas beragama Islam..
  • ...............
  • Sekadar renungan bersama :) 
" Hai anak Adam , sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk menutupi 'auratmu dan pakaian untuk perhiasan . Dan pakaian taqwa itulah yang lebih baik . Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH , mudah-mudahan mereka selalu ingat ." [Al-A'raaf : Ayat 26]

Ingatlah duhai Mawar yang dirahmati ALLAH ,
'Dia' tidak akan datang dengan mengetuk pintu rumahmu .

والسلام